
Sebagai persiapan menyambut maulud nabi Muhammad SAW, surau kita telah sebulat suara melantik dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada En Yahya B A.Rahman sebagai Pengerusi sambutan maulud untuk tahun ini. Sememangnya beliau mempunyai karisme dan aura pemimpin yang tidak boleh dipertikaikan. Tahniah tuan !
Ekoran itu, satu mesyuarat pembentukan jawatankuasa kerja akan diadakan seberapa segera. Yang pastinya ahli-ahli kerja itu tidak lari jauh dari AJK surau sedia ada. Bak kata Hj Ab Aziz, balik-balik muka kau, pusing-pusing muka dia, asyik-asyik muka aku. Begitulah jadinya kalau berada dalam AJK Surau Hj Abd. Latif.
Namun, merepeklah macam mana sekalipun, majlis tetap berjalan dan berjaya, Insyallah.
Itulah semangat bersatu padu dan kerjasama dikalangan ahli surau kita - Geng surau ! Tahniah Tuan.
gua caya sama lu, beb ! tapi setiausaha cari orang lain aaa... gua nak try post lain plak, - tolong Anuar kat dapur. !!
BalasPadam