AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Ahad, 9 Januari 2011

Kita Tewas Tapi Juara.



Alhamdullilah, pada sambutan Maal Hijrah 1432M baru-baru ini, telah diadakah satu sambutan ketibaan tahun baru dalam kalendar Islam. Antara acara yang dijalankan ialah pengumuman pertandingan masjid dan surau contoh peringkat mukim, daerah dan negeri.

Wakil Surau Hj abd. Latif yang hadir ialah Tuan Pengerusi, En Yahya Ahmad, Timbalan Pengerusi / Imam 1 surau, En Yahya A. Rahman, En Mohd. Ikhwan Tan dan beberapa orang lagi yang sememangnya sentiasa mengambil tahu perkembangan surau.

Kami redha dan menerima keputusan yang diistiharkan - saguhati peringkat negeri kerana inilah kali pertama surau kami menyertai pertandingan yang tidak pernah terlintas menyertainya. Surau Hj Abd. Latif hanya mencapai kedudukan Johan peringkat Mukim dan Johan Peringkat Daerah.

Dari hasil sumbangan beberapa individu dan sedikit wang tabung surau, kami telah mengadakan doa kesyukuran sebagai tanda terima kasih kepada AJK surau dan Jemaah lain yang telah berhempas pulas serta berpenat lelah bekerja secara ikhlas, ini termasuk juga sumbangan wang ringgit, kederat, idea dan masa yang telah diluangkan.
Pada pendapat saya, Surau Hj Abd. Latif telah pun juara semasa peringkat awal kerja-kerja penyediaan dilaksanakan. Kita usaha sendiri tanpa mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari pihak atasan yang berkenaan, kita cari sumber wang sendiri untuk menjadikan kawasan surau lebih selesa dan menarik ramai penduduk sekitar untuk menunaikan solat, kita bergotong royong tanpa meminta bantuan dan derma dari pihak berwajib, kita bertungkus lumus membaiki dan menambah fizikal persekitaran dan yang paling saya kagum ialah setiap jemaah ada peranannya untuk mengimarahkan lagi surau ini dengan ikhlas dan redha.
Aktiviti surau amat padat dan sentiasa hidup, cuma kelemahan kita ialah tiada dokumentasi yang cukup serta pendedahan menghadapi pertandingan seperti ini.
Insyallah ! tahun baru Hijrah 1432 ini, kita tanam iltizam baru. Kita Cuba lagi.
Tahniah Surau Hj Abd. Latif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan