AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Rabu, 12 Januari 2011

INI DIA PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT



Memperkenalkan saudara Saat Hashim yang meneruskan penerajuannya dalam Biro Teknologi Maklumat. Sebenarnya tuan, bahagian ini tidak perlu fobia sebab tidak semestinya kita kena teror dalam bidang komputer maupun alatan canggih sekarang ini.
Contohnya, blog surau kita ni, dah pun ada satu media sebaran untuk umum. Tuan hanya perlu ambil alamat blog ini atau dengan jasa baik pembangun blog ini, boleh cetak dan masukkan dalam laporan biro sebagai tanda kenang-kenangan. Ahak.. ahak... ahakk.. !!
Satu lagi, semua bahan yang dipaparkan pada papan maklumat mungkin akan saling berganti dan ada saja berita-berita terkini. Tuan boleh samada catatkan jenis maklumat, atau simpan bahan cetakan itu atau kalau dah malas sangat nak fikir atau pening kepala, ambil saja gambar dan masukkan ke dalam laporan biro. Kalau malas juga, suruh jasabaik setiausaha atau sesiapa saja yang tahu membuatkannya. Cumaa.. kena la pau sikit. Ha ha.. haa...
Dan, kalau tak boleh gi juga, tak dapet la den nak menolongnya. bersorah jo le ekau.
Sebenarnya, bukan biro ini saja yang nampak berkedut dahi dan condong kening, ramai lagi !. Agaknya inilah yang dikatakan rencatan budaya. Benda tak biasa dibuat, tiba-tiba dipaksa buat. Biarlah berdikit-dikit asalkan ia dibuat dan mesti positif. Jangan jadi melayu lama, jangan jadi masyarakat third class. Ayuh ! majukan diri dan berubah. KITA BOLEH !
WASSALAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan