AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Selasa, 11 Januari 2011

BERSAMA BERSATU BERJASA UTK SURAU KITA

Pada 9hb Jan. 2011 yang lalu, beberapa AJK surau Hj Abd. Latif telah bergotong royong mendirikan tiang gerbang masuk ke perkarangan surau. Sememangnya surau ini amat bertuah mendapat ahli-ahli jemaah yang mempunyai berbagai kebolehan. Inilah sebaik-baik kurniaan Allah yang digunakan ke jalan Allah juga.
Saudara Suhaili dengan peralatan peteri dan kebolehannya memeteri besi tiang-tiang gerbang. Saudara Sapri dengan kerja-kerja buruh kasarnya kerana beliau adalah seorang tukang. Saudara Mohd Shah dengan usaha dan akalnya mencari bahan-bahan batang besi entah dari mana ?. Tukang-tukang pemerhati yang ramai dengan kebolehan berceloteh dan membuatkan suasana riang dan menyeronokkan tanpa terasa kederat dan masa yang berlalu.
Itulah semangat geng surau Hj Abd. Latif yang pada pendapat saya sukar dicari di mana-mana pun.
Alhamdullilah. Moga usaha kalian diberkati Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan