AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Jumaat, 14 Januari 2011

LANTIKAN AJK SESI 2011 - 2013

AHLAN WA SAHLAN - AJK SURAU HJ ABD LATIF

Pada 19hb Januari 2011, satu mesyuarat khas akan di adakan seperti ketentuan di bawah :
Tempat : Ruang rehat Surau
Masa : 9.00mlm - selepas solat isyak
Agenda : Watikah Perlantikan AJK Sesi tahun 2011 - 2013

Perkara : i. Perlantikan AJK dan Biro
ii. Penerangan peranan dan tanggungjawab Biro
iii. Mandat dan Pesanan Tuan Pengerusi
iv. Hal-hal lain berkaitan di atas sahaja.

Sekian, harap maklum.

Setiausaha,
En Zahari Ab Manan.

Nota Ingatan :

1. Olehkerana bilangan jawatankuasa dan biro-biro yang banyak, adalah diharapkan ahli jemaah surau yang dicadangkan atau dilantik tidak menarik diri demi memudahkan perjalanan dan kerbakatan surau ini. Insyallah.
2. Kedudukan setiausaha adalah secara sukarela setelah diberi kepercayaan oleh AJK dalam mesyuarat . Justeru itu, AJK dipohon memberi sepenuh kerjasama dan sumbangan idea bernas demi kebaikan surau dan kelancaran rancangan aktiviti kebesaran Islam.
3. AJK juga diminta tidak memprovokasi atau meluahkan apa jua komen mengenai biro-biro lain kecuali pandangan yang bernas dan sanggup membantu dengan niat yang amat luhur dan berkerja demi ALLAH semata-mata.
4. Adalah amat dikhuatiri, jika berlaku penarikan diri atau berlaku kekosongan jawatankuasa, penggantiannya sukar dilakukan dan ini akan melemahkan struktur organisasi di rumah ALLAH. Maka berdosalah sesiapa yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku kerana niat yang kurang baik atau keceluparan mulut.
5. Perlu difikir juga, sebilangan AJK adalah penjawat kerajaan dan pekerja sendiri. Masa dan tenaga yang bakal dikerah adalah kerana ALLAH semata-mata.
wasallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan