AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Ahad, 23 Januari 2011

Sambutan Maulud Nabi 1432H

Cadangan Sambutan Maulud nabi Muhammad SAW peringkat surau Hj. Abd. Latif akan di adakan pada 26hb Feb 2011 berpengkalan di Surau Haji Abd. Latif. Berdasarkan keputusan awal mesyuarat maulud baru-baru ini, pada sebelah pagi akan diadakan pertandingan membaca muqaddam dan Al Quran. Manakala pada sebelah petang selepas solat asar akan diadakan perarakan dan sebelah malam selepas solat isyak adalah acara kemuncak iaitu ceramah agama bersempena hari kelahiran nabi Muhammad, nabi junjungan besar umat Islam. Semuanya telah diatur dan dirancang bersama oleh AJK surau.
Dalam pada itu, terfikir juga saya, adakah perlu kita meraikan sambutan maulud sedemikian rupa ?. Sedangkan tiada nas atau firman yang menyeru umat Islam ke arah itu. Rasanya, nabi pun tak suruh umatnya mengingatinya dengan cara bersusah payah, membazir dan berlebih-lebih. Jamuan makan dilakukan dengan niat mengagihkan rezeki Allah kepada semua, OK boleh terima. Ceramah agama adalah untuk mengingati betapa susahnya nabi berjuang untuk menyelamatkan umat dan betapa kasihnya beliau terhadap umat-umatnya. OK, boleh terima. Cuma jangan masuk bab politik sudahlah, baik pembangkang maupun kerajaan. Kadang-kadang penceramah pun melalut juga, mengisahkan zaman-zaman payah dulunya dan bangga dengan kejayaan yang telah ditempuhinya. Secara peribadi, saya tidak berapa respek penceramah hebat yang meletakkan harga undangannya. Mungkin tambang, makan dan kepayahannya kita tanggung dan kita mengharapkan bahagian sedekah dan amal jariah mereka. Janganlah hendaknya ada penceramah agama yg mahir dalam agama menganggap sebaran agama itu sebagai profesion dan bukan dakwah.
Mudah-mudahan usaha kita untuk memperkasakan diri dalam agama dan akhirat mendpat berkat dan diterima Allah hendaknya. Amin. Insyallah.

1 ulasan:

  1. Ini cuma pandangan peribadi dari pengamatan saya selama telah hidup 51 tahun. Banyak tempat dah saya pergi, banyak orang dan ragam dah saya hadapi. kalau dah manusia tu, sama aje. Cuma kualitinya di sisi Allah sahaja yang berbeza termasuk lah saya.

    BalasPadam