AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Selasa, 8 Mac 2011

Sambutan Maulud Nabi 1432H

Alhamdullilah.. dipanjatkan segala kesyukuran kehadrat illahi kerana limpah kurnianya yang tidak terhingga sehingga majlis sambutan maulud nabi anjuran Surau Hj Abd Latif selamat dilaksanakan tanpa sebarang cacat celanya.
Seperti yang dikatakan oleh Pengerusi Sambutan Surau iaitu Imam Yahya A. Rahman - kita mesti lakukan yang terbaik untuk aktiviti kemuncak dan terbesar dalam takwin aktiviti surau tahun ini. Ini adalah kerana, surau Hj Abd latif telah dinobatkan sebagai surau contoh cemerlang daerah pontian dan mendapat saguhati di peringkat negeri Johor. Tidak mudah untuk mencapai kejayaan ketahap ini kerana inilah kali pertama surau kita mengikuti pertandingan sedemikian rupa dan berjaya dengan membanggakan.
Banyak usaha dan lintangan yang telah AJK tempuhi tanpa mengira masa, wang ringgit dan usaha ikhlas oleh semua. Hasil kerjasama yang erat dari jemaah surau dan penduduk khariah surau adalah petanda kita masih bersatu dan boleh mengembeling tenaga dan usaha untuk mencapai apa jua matlamat yang diidamkan. Tuan Hj Aziz dengan kontek peniagaan restoran dan rakan-rakan niaganya, En Hazli dan En Ali serta En Yunus dengan rakan-rakan sepejabat dari SAJ, JKR dan TNBnya. En Mokhtar dengan perarakannya. En Anuar dengan kerenah di dapurnya untuk menyediakan hidangan enak. En Mohd Shah dengan tenaga dan keringatnya. En Azlan, En Firdaus dan En Man angguk dengan tidak pernah jemu dan setianya di kawasan surau. Kalau nak dikira tak dapatlah dinyatakan di sini.
Terima Kasih semua. Allah saja yang dapat membalas dan memberi ganjarannya di kemudian hari. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan