AHLAN WASAHLAN DARI AJK SURAU HJ ABD LATIF, JLN PT MESJID. PONTIAN. JOHOR.
Surau Hj Abd.Latif terletak di pinggir Jalan Parit Mejid Hilir, 82000 Pontian.Johor. Tapak kawasan surau adalah hasil wakaf dari almarhum Tuan Hj Abd. Latif Bin Kahar . Lingkungan Khariah surau adalah diantara kawasan perumahan Flat hingga ke Perumahan Taman Kenanga.
AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sabtu, 20 November 2010
Saudara Mohd Shah, Jemaah Ringan Tulang !
Memperkenalkan saudara Mohd Shah, salah seorang jemaah surau yang amat ringan tulang dan pemurah. Biarpun cuti tahunannya sudah hampir kering, dia tetap menyimpan dan menggunakannya untuk apa jua aktiviti surau. Hamba Allah yang seperti inilah yang banyak membantu mengumarahkan surau Hj Abd. Latif. Sebenarnya ada ramai lagi jemaah surau yang mempunyai ciri-ciri keikhlasan dan sanggup berkorban semampunya untuk memantapkan saham akhirat masing-masing. Pada saya, konsep qurban itu perlu diperluaskan lagi pengertiaannya dan pelaksanaannya, bukan hanya terjumut pada penyembelihan lembu atau kambing sahaja. Qurban harta, masa, tanaga, buah fikiran, bantuan, wang ringgit, keinginan nafsu dan banyak lagi yang boleh kita qurbankan demi kesuciaan agama dan Allah yang maha Esa. Allah huakbar, Allah huakbar, Allah huakbar, wallillah hirham.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah Saudara Mohd Shah. Moga usaha dan niat anda dirahmati Allah. Amin.
BalasPadamSurau anda boleh menjadi contoh kepada surau di khariah saya di Alor Star, Kedah. Tahniah.
BalasPadamTerima kasih chedin ! bila-bila senang mai la ke surau kami, no.
BalasPadam