Cadangan Sambutan Maulud nabi Muhammad SAW peringkat surau Hj. Abd. Latif akan di adakan pada 26hb Feb 2011 berpengkalan di Surau Haji Abd. Latif. Berdasarkan keputusan awal mesyuarat maulud baru-baru ini, pada sebelah pagi akan diadakan pertandingan membaca muqaddam dan Al Quran. Manakala pada sebelah petang selepas solat asar akan diadakan perarakan dan sebelah malam selepas solat isyak adalah acara kemuncak iaitu ceramah agama bersempena hari kelahiran nabi Muhammad, nabi junjungan besar umat Islam. Semuanya telah diatur dan dirancang bersama oleh AJK surau.AHLAN WASAHLAN DARI AJK SURAU HJ ABD LATIF, JLN PT MESJID. PONTIAN. JOHOR.
Surau Hj Abd.Latif terletak di pinggir Jalan Parit Mejid Hilir, 82000 Pontian.Johor. Tapak kawasan surau adalah hasil wakaf dari almarhum Tuan Hj Abd. Latif Bin Kahar . Lingkungan Khariah surau adalah diantara kawasan perumahan Flat hingga ke Perumahan Taman Kenanga.
AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010
Ahad, 23 Januari 2011
Sambutan Maulud Nabi 1432H
Cadangan Sambutan Maulud nabi Muhammad SAW peringkat surau Hj. Abd. Latif akan di adakan pada 26hb Feb 2011 berpengkalan di Surau Haji Abd. Latif. Berdasarkan keputusan awal mesyuarat maulud baru-baru ini, pada sebelah pagi akan diadakan pertandingan membaca muqaddam dan Al Quran. Manakala pada sebelah petang selepas solat asar akan diadakan perarakan dan sebelah malam selepas solat isyak adalah acara kemuncak iaitu ceramah agama bersempena hari kelahiran nabi Muhammad, nabi junjungan besar umat Islam. Semuanya telah diatur dan dirancang bersama oleh AJK surau.Jumaat, 14 Januari 2011
LANTIKAN AJK SESI 2011 - 2013

Rabu, 12 Januari 2011
HJ AB. AZIZ : Jemaah Ringan Tulang !
Tiap kali ada jamuan, baik ringan maupun berat, inilah antara jemaah yang akan mengendalikan urusan makan minum jemaah lain. Kira macam chief Chef le gamaknya.
Dia akan pastikan semua hadiri tidak hampa. Dapat makan dan minum serta selesa di tempat duduk. Silap-silap dapat bontrot lagi. Cuma satu aje la, sebagaimana lincahnya dia, begitu juga lah lincahnya mulutnya. Macam mak nenek, membebelll... aje. ha ha ha.... ! ! !
INI DIA PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT
Selasa, 11 Januari 2011
Penolong Setiausaha Baru - Sesi 2011
Tahniah atas perlantikan saudara Mohd Shah Nawi sebagai Penolong Setiausaha.TAHNIAH ! PENGERUSI SAMBUTAN MAULUD 2011

MESYUARAT SURAU KALI PERTAMA SESI 2011 - SURAU HJ ABD. LATIF.
ALHAMDULLILAH, MESYUARAT SURAU KALI PERTAMA UNTUK SESI TAHUN 2011 TELAH BERLANGSUNG DENGAN PENUH ENERGETIK, BERSEMANGAT, TELUS, PANAS, BERNAS DAN SEGALA MACAM YANG CUKUP UNTUK DIJADIKAN HIDANGAN PADA MALAM ITU.Biasalah, dalam mesyuarat surau Hj. Abd. latif, ada bermacam kerenah dan karektor manusia dipamirkan. Ada yang diam sahaja, ada yang suka komen, ada yang tidak boleh ditegur, ada yang cepat panas cuping telinga, ada yang buat bodoh saja, ada yang tak reti duduk diam, ada yang tiba-tiba saja start motor dan meninggalkan majlis dan entah bermacam ragam lagi perangai manusia. Ha.. haa.. haa...
Pada malam itu, aku baru sedar betapa sukarnya seorang pemimpin meneraju satu organisasi dengan set bermacam gaya dan perangai manusia di bawah kelolaannya. Lantaran itu, aku insaf !Aku beri tabik hormat spring dan mengucapkan salam kagumku pada mana-mana pengerusi, Bendahari maupun Setiausaha yang pernah dan sedang menjawat jawatan tersebut di mana-mana badan organisasi. Dulu aku adalah salah seorang set tersebut ! membangkang aje, hanya memikirkan kepayahan bahagian sendiri, dah nampak masalah sebelum sebelum melakukan atau mencubanya dulu, dan memikirkan perkara remeh untuk dibesarkan dalam mesyuarat yang sepatutnya singkat dan mudah. Betul jugalah kata orang : si pendiam tu tak semestinya bodoh dan yang banyak bercakap tu bukanlah pandai sangat !!.
Sebagai setiausaha yang baru dilantik ( paksarela ), banyaklah fikiran dan idea dikerah saban hari, semasa duduk, masa menunggang, masa menyangkung, masa baring dan kadang-kadang tu masa solat, ada aje saranan buah fikiran yang berlegar. Bak kata mantan PM Tun mahathir, negara kita mempunyai fasiliti first class tapi malang, mentaliti kita masih third class. Aku tak mau jadi gitu. Jadi, segala perubahan cuba aku utarakan, bayangkan masa, wang ringgit ( yg tak seberapa ) dan usaha telah aku buat. Dannn... dalam mesyuarat masih ada bunyi-bunyi itu lagi. Tak apalah, mereka-mereka itu sahabat dan saudaraku juga. Aku terpaksa menerima, sebab adat mentaliti kelas 3 - begitulah. Patutlah orang tak nak jawatan tinggi dalam surau ni. Ha ha ha.......
Cuma dalam hal-hal sebegini, keimanan kita untuk bertakwa memainkan peranan. Janganlah kerana berkecil hati dek perkara yang halus, kita dah tawar hati untuk berjemaah ke surau. Atau mungkin pergi ke rumah Allah semata-mata untuk beribadat tanpa ingin lagi bersama mengumarahkan surau, rumah Allah. Kan itu rumah Allah kita bersama, siapa lagi kalau bukan kita juga yang mengumarahkannya ?. Kan ?
Kepada saudara sesurauku, aku mohon kesefahaman agar berfikir dan difikirkan semula sebelum meluahkan pandangan kepada sesiapa saja supaya tidak terusik sanubari mereka. Mereka yang menjawat apa jua jawatan surau adalah semata-mata kerana Allah - Lillahita'ala. Tiadalah kepentingan kewangan, pengaruh politik, glamor, ganjaran peribadi dan seumpamanya. Janganlah diduga keikhlasan mereka kerana aku khuatir, jika mereka tewas, kita rugi dan menanggung dosa.
Secara peribadi, aku bangga dengan pencapaian Surau Hj Abd. Latif. Kegemilangan itu berlaku tanpa bimbingan atau bantuan pihak atasan. Puncanya ialah akar umbi ! yang mencari makan dan minum untuk menyokong batang, bunga, daun dan buah pohon. Kesudahannay yang dapat nama ialah pokok ( surau / mukim / daerah/ jabatan / pejabat ) tidak langsung disebut akar-akar dibawahnya ( ajk surau ).
Aku juga kecewa sebab biarpun surau telah berjaya menjadi Johan di peringkat mukim dan daerah, penghargaan itu dirasai dan disambut oleh kelompok-kelompok itu juga. Kalaulah ada pihak atasan yang ambil tahu, setidak-tidaknya datang menjenguk ke surau sekadar bersalam dan memberi kata-kata perangsang, alangkah enaknya. Bukan nak mintak puji, tapi apresiasi dan menghargai, - cukuplah.
SEMOGA KITA MEMPEROLEHI BAROKAH DARI SETIAP KEJADIAN ALLAH ! AMIN.
WALLAH HUALAM BISAWAB.
BERSAMA BERSATU BERJASA UTK SURAU KITA
Saudara Suhaili dengan peralatan peteri dan kebolehannya memeteri besi tiang-tiang gerbang. Saudara Sapri dengan kerja-kerja buruh kasarnya kerana beliau adalah seorang tukang. Saudara Mohd Shah dengan usaha dan akalnya mencari bahan-bahan batang besi entah dari mana ?. Tukang-tukang pemerhati yang ramai dengan kebolehan berceloteh dan membuatkan suasana riang dan menyeronokkan tanpa terasa kederat dan masa yang berlalu.
Itulah semangat geng surau Hj Abd. Latif yang pada pendapat saya sukar dicari di mana-mana pun.
Alhamdullilah. Moga usaha kalian diberkati Allah.