Alhamdullilah, pada 18.11.2010 hari khamis malam Jumaat, Hj Ab Aziz telah mengadakan kenduri arwah dan kesyukuran sempena raya ke 3 aidil adha di rumahnya di Lorong Taat, Jalan Parit Mesjid. Hidangannya ialah nasi beriani masakan En Anuar yang tidak asing lagi di kalangan penduduk dan khariah kawasan ini.
Inilah antara amalan dan budaya yang dipupuk oleh jemaah surau Hj Ab Latif setiap kali memperolehi rezeki lebih atau sebagai tanda rasa syukur kerana dikurniakan nikmat seperti kesihatan, kesejahteraan hidup, tenang fikiran, dan banyak lagi bentuk rezeki yang Allah anugerahkan. Mudah-mudahan doa yang dipanjatkan akan diterima oleh Allah dan sentiasa mendapat barokah darinya. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan