Aktiviti Hari 10 Zulhijjah 1431
Di Surau Hj Abd. Latif, Jln Pt Mesjid.
Seawal 7 pagi, AJK surau telah pun berada diperkarangan surau untuk bersiap-siap dan mengemaskini keperluan untuk ibadah solat sunat aidil adha. En. Azlan, En. Azman dan Saudara Firdaus adalah diantara hamba ALLAH yang sudah terpacak di situ, sibuk dengan kerja-kerja noja dan amalan biasa mereka.
Solat sunat telah dilaksanakan pada jam 8.30 pagi dan pada jam 10.30 pagi berikutnya, adalah upacara penyembelihan lembu dan kambing. Syukur, alhamdullilah, tahun ini surau menerima 6 ekor lembu dan seekor kambing untuk diqurbankan.
Seekor dari lembu qurban itu adalah milik saudara-saudara baru dibawah urusan Pejabat Agama Daerah Pontian.
Seekor dari lembu qurban itu adalah milik saudara-saudara baru dibawah urusan Pejabat Agama Daerah Pontian.
Pada hari raya pertama sahaja, 4 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dengan selamat tanpa sebarang gangguan atau insiden. Baki 2 ekor akan dilaksanakan upacara tersebut pada hari raya kedua. Alhamdullilah, semua lembu dan kambing selesai dikerjakan sebelum masuk waktu zuhur. Agihan daging qurban telah dibahagi-bahagikan ke rumah-rumah khariah mengikut Lorong dan Taman melalui AJK yang diamanahkan. Sambutan kali ini amat memberangsangkan, ini dilihat dari kunjungan jemaah dan sanak saudara yang mengikuti ibadah qurban. Dijangkakan lebih 300 pengunjung berada di perkarangan surau untuk menyaksikan upacara tersebut. Mudah-mudahan, mereka mendapat hidayah dan pengajaran dari peristewa ini. Allah Huakbar ! Allah Huakbar ! Allah Huakbar ! Laillahaillah huallah huakbar Allah Huakbar wallilah hilham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan