AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian

AJK Surau Haji Abd. Latif. Pontian
Sebahagian dari ahli jawatankuasa surau 2010

Sabtu, 20 November 2010

Saudara Mohd Shah, Jemaah Ringan Tulang !

Memperkenalkan saudara Mohd Shah, salah seorang jemaah surau yang amat ringan tulang dan pemurah. Biarpun cuti tahunannya sudah hampir kering, dia tetap menyimpan dan menggunakannya untuk apa jua aktiviti surau. Hamba Allah yang seperti inilah yang banyak membantu mengumarahkan surau Hj Abd. Latif. Sebenarnya ada ramai lagi jemaah surau yang mempunyai ciri-ciri keikhlasan dan sanggup berkorban semampunya untuk memantapkan saham akhirat masing-masing. Pada saya, konsep qurban itu perlu diperluaskan lagi pengertiaannya dan pelaksanaannya, bukan hanya terjumut pada penyembelihan lembu atau kambing sahaja. Qurban harta, masa, tanaga, buah fikiran, bantuan, wang ringgit, keinginan nafsu dan banyak lagi yang boleh kita qurbankan demi kesuciaan agama dan Allah yang maha Esa. Allah huakbar, Allah huakbar, Allah huakbar, wallillah hirham.

Tahlil Di Rumah Hj Ab. Aziz Kadir


Alhamdullilah, pada 18.11.2010 hari khamis malam Jumaat, Hj Ab Aziz telah mengadakan kenduri arwah dan kesyukuran sempena raya ke 3 aidil adha di rumahnya di Lorong Taat, Jalan Parit Mesjid. Hidangannya ialah nasi beriani masakan En Anuar yang tidak asing lagi di kalangan penduduk dan khariah kawasan ini.
Inilah antara amalan dan budaya yang dipupuk oleh jemaah surau Hj Ab Latif setiap kali memperolehi rezeki lebih atau sebagai tanda rasa syukur kerana dikurniakan nikmat seperti kesihatan, kesejahteraan hidup, tenang fikiran, dan banyak lagi bentuk rezeki yang Allah anugerahkan. Mudah-mudahan doa yang dipanjatkan akan diterima oleh Allah dan sentiasa mendapat barokah darinya. Amin.

Rabu, 17 November 2010

Hari Raya Aidil Adha - Hari Pertama

Aktiviti Hari 10 Zulhijjah 1431
Di Surau Hj Abd. Latif, Jln Pt Mesjid.
Seawal 7 pagi, AJK surau telah pun berada diperkarangan surau untuk bersiap-siap dan mengemaskini keperluan untuk ibadah solat sunat aidil adha. En. Azlan, En. Azman dan Saudara Firdaus adalah diantara hamba ALLAH yang sudah terpacak di situ, sibuk dengan kerja-kerja noja dan amalan biasa mereka.

Solat sunat telah dilaksanakan pada jam 8.30 pagi dan pada jam 10.30 pagi berikutnya, adalah upacara penyembelihan lembu dan kambing. Syukur, alhamdullilah, tahun ini surau menerima 6 ekor lembu dan seekor kambing untuk diqurbankan.
Seekor dari lembu qurban itu adalah milik saudara-saudara baru dibawah urusan Pejabat Agama Daerah Pontian.


Pada hari raya pertama sahaja, 4 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan dengan selamat tanpa sebarang gangguan atau insiden. Baki 2 ekor akan dilaksanakan upacara tersebut pada hari raya kedua. Alhamdullilah, semua lembu dan kambing selesai dikerjakan sebelum masuk waktu zuhur. Agihan daging qurban telah dibahagi-bahagikan ke rumah-rumah khariah mengikut Lorong dan Taman melalui AJK yang diamanahkan. Sambutan kali ini amat memberangsangkan, ini dilihat dari kunjungan jemaah dan sanak saudara yang mengikuti ibadah qurban. Dijangkakan lebih 300 pengunjung berada di perkarangan surau untuk menyaksikan upacara tersebut. Mudah-mudahan, mereka mendapat hidayah dan pengajaran dari peristewa ini. Allah Huakbar ! Allah Huakbar ! Allah Huakbar ! Laillahaillah huallah huakbar Allah Huakbar wallilah hilham.

Semoga ibadah qurban itu diterima Allah hendaknya.

Selasa, 16 November 2010

Surau Hj Abd Latif at Night Fall.

Beautiful sight at night !
One of the amazing things happen surrounding surau Hj Abd Latif is the beautiful sceneries at night. For sure you can't missed it, if you attend the magrib and isyak prayer. The lamp lights not only brighten the darkness but also brightens your life for visiting the house of god. Imam Yahya is always there to lead the prayer and bilal Hazli will never dare to absent from performing the azan 5 times daily. So, come on brothers ! do visit the surau and performed the wajib prayers together. Insyallah.

Logo Surau Hj Abd Latif

Logo Surau.
Logo surau Hj Abd. Latif dituliskan dengan nama Surau Hj Abd. Latif, Parit Mesjid Hilir, Pontian di bahagian bawah sekali sebagai simbol yang mendukung tujuan dan matlamat utama jemaah ke surau atau rumah ALLAH, iaitu untuk menunaikan tanggungjawab wajib, menyembah dan mengulangi ucapan dua kalimah syahadah. Kalimah tersebut berada di atas yang kemudiannya mendukung nama ALLAH sebagai tuhan yang maha Esa, tiada yang lain melainkan Allah semata-mata.

Salam Aidil Adha 1431


AJK Surau mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban 10 zulhijjaz 1431 bersamaan 17hb November 2010. Bagi pihak AJK surau,kami ingin mengucapkan tahniah, syabas dan ribuan terima kasih atas kerjasama dan penat lelah yang tuan-tuan dan puan-puan sumbangkan demi kebaikan dan kejayaan surau semasa pertandingan surau cemerlang baru-baru ini.

Pada hari raya pertama dan kedua, surau Hj Abd Latif akan melaksanakan upacara qurban sebanyak 6 ekor lembu dari orang ramai. Mohon kerjasama dan bersama-sama semua untuk melaksanakan ibadat tersebut. Mudah-mudahan kita mendapat ganjaran pahala yang melimpah ruah hendaknya.

Raya pertama selepas solat aidil adha ( jam 10 pagi ) akan diqurbankan sebanyak 3 ekor lembu, manakala selebihnya akan dilaksanakan pada hari raya kedua. Insyallah.

Berita Terkini Surau Hj Abd Latif

Pengumuman !
Malam ini selepas isyak 17.11.2010 akan diadakan satu majlis tahlil sempena sambutan Hari raya aidil adha. Semua khariah dijemput hadir. Jangan lupa bawa bersama kuih teriak. Salam kebersamaan sesama Islam, semoga tidak diuzurkan. Insyallah.
Solat raya aidil adha akan dilaksanakan pada jam 8.30 pagi.
Harap maklum.